Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Melaka malam ini tiada kebenaran?

Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka melalui Ketua Penolong Pengarah, (Dakwah) pada 18hb April 2013 telah mengutus surat kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Surau Jalan KPS,Taman Krubong Perdana, Melaka mengarahkan ceramah agama oleh Ustaz Azhar Idrus yang dijadulakan berlangsung malam ini 21hb April 2013 ditangguhkan atas alasan tidak mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Melaka.

Dibawah adalah salinan surat dari Jabatan Agama Islam Melaka.


Namun bagi pencinta Islam, ceramah Ustaz Azhar Idrus di ubah ke hadapan Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka bermula jam 8.00 malam ini (21 April 2013).

Kepada yang berkesempatan di jemput hadir.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: