KOLEKSI RESIPI: KEK COKLAT KUKUS MOIST

Bahan-bahan kek coklat : 

-250gm butter
-3/4 cawan gula
-4 biji telur
-2 cawan tepung gandum
-3/4 cawan serbuk koko
-1 cawan air atau susu cair

 Bahan-bahan coklat cair atau topping : 

-1 sudu marjerin
-2-3 sudu susu pekat manis
-2-3 sudu serbuk koko sedikit air

 ✿~ Cara buat kek coklat: 

1. Bancuh serbuk koko dan air atau susu cair.
2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan kok tadi sambil terus memukul.
5. Kukus 45 minit.

 ✿~ Cara buat coklat cair untuk topping: 

1. Cairkan 1 sudu marjerin.
2. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko
3. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat

p/s: Hiaskan kek mengikut kreativiti sendiri ya..:)

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: