KOLEKSI RESIPI: Masak Lemak Cili Padi Ayam Pucuk Ubi Dan Rebung

Bahan-bahan 

-500 gram ayam dipotong kecil
-300 gm pucuk ubi diracik halus
-3 inci rebung dipotong bulat
-2 sudu besar pes serba guna 
-½ helai daun kunyit diracik halus
-200 gm santan pekat
-Garam
-Gula
-Air

 Langkah-langkah 

1. Panaskan air dalam periuk dan masukkan pes kisaran serbaguna. 
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga lembut.
3. Masukkan pucuk upi dan daun kunyit yang telah diricik halus.
4. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah mendidih, masukkan ke dalam mangkuk dan dihidang bersama nasi.

 Sumber:Engineers Love Cooking

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: