Liga Super Malaysia : Lions XII kukuh kedudukan dipersada liga

LIONS XII memperkukuh kedudukan sebagai pendahulu Liga Super apabila berjaya menewaskan Perak 2-1 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

 Kemenangan itu membolehkan anak buah V.Sundramoothy itu kekal di persada liga dengan mengutip 23 mata manakala Perak di tangga kesembilan dengan 14 mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

 Dalam perlawanan itu, dua gol Lions XII dijaringkan oleh Shahril Ishak pada minit ketujuh dan 58. Gol tunggal Perak pula disumbangkan oleh Mohamad Rafiuddin Roddin pada minit akhir perlawanan. Lions XII akan bertemu Negeri Sembilan di Stadium Jalan Besar pada 13 April ini manakala Perak pula akan menentang PKNS di Stadium Ipoh 12 April.[SH]
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: