PRU 13: Mampukan Herman Tino & Dayangku Intan menjadi ahli parlimen?

Mampukah penyanyi era 80-an Herman Tino dan penyanyi Dayangku Intan memenangi pilihanraya Raya Umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei ini?

Ini kerana, Herman Tino memegang tiket Bebas bertanding bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang, manakala Dayang pula mewakili Parti PKR bertanding bagi kerusi Parlimen Pengerang.

 Lawan Herman Tino nanti ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (Barisan Nasional) dan Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Mohamad Rashdi Deraman, 49.

 Manakala lawan Dayang pula ialah Datuk Seri Azalina Othman Said dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Azaman Johari (Bebas)

 "Saya tidak tahu Noh Omar kembali bertanding kerana ingatkan Barisan Nasional akan meletakkan muka baru di kerusi tersebut namun keputusan telah dibuat dan saya tidak boleh berpatah balik manakala perjuangan harus diteruskan.

 "Saya tidak mewakili mana-mana parti politik tetapi manifesto yang saya tampilkan ini adalah untuk mengajak supaya masyarakat Tanjong Karang tidak taksub dengan politik kerana enggan melihat mereka berpecah belah.

 "Saya juga memilih manifesto itu kerana tidak berani untuk menjanjikan pembangunan pesat kepada mereka kerana tidak mempunyai wang sebaliknya yakin mampu mengubah mentaliti masyarakat di situ," kata Herman Tino pada media.

 Sementara Dayang pula menjelaskan bahawa beliau bukan mahu cakap besar tetapi beliau tidak bimbang menentang Azalina. Katanya, nama beliau juga besar dalam dunia hiburan dan ia sama besar sebagaimana Azalina sebagai ahli politik.

 “Mula-mula tu agak susah tetapi selepas saya faham apa yang rakyat mahukan daripada pemimpin politik mereka, barulah saya dapat menyesuaikan diri dalam dunia politik.

Apa yang penting rakyat percaya terhadap matlamat saya untuk memperjuangkan mereka,” kata Dayang yang popular dengan lagu “Berpaut Di Dahan Cinta”. 

 “Jika saya sebagai artis berasa kecewa dengan situasi kehidupan saya itu, saya percaya rakyat juga kecewa dengan apa yang mereka lalui hari ini,” tambahnya.

 Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: