Himpunan Suara Rakyat 505 berlangsung aman

Sebahagian peserta Himpunan Suara Rakyat 505. Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

 PETALING JAYA - Keadaan di lokasi Himpunan Suara Rakyat 505 di padang timur pada malam ini berlangsung dalam keadaan aman.

 Suasana mulai sesak bermula jam 7:00 petang apabila peserta himpunan mula membanjiri di padang timur Amcorp Mall, dekat sini.

 Tinjauan Sinar Harian Online mendapati kebanyakan himpunan memakai t- shirt berwarna hitam tanda menyokong himpunan ini.

 Walaupun cuaca hujan peserta tetap tidak berganjak daripada padang lokasi himpunan dan menunggu para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk memberi ceramah.

 Di samping itu, para peniaga juga mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai barangan seperti t-shirt, makanan, minuman, topeng dan vevezuala (hon).

 Selain itu, para peserta juga turut membawa sepanduk dan turut dipasang ditepi jalan menuju ke lokasi himpunan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: