HOT: MIC akan keluar dari Kabinet?

MIC akan keluar daripada kabinet sekiranya…... 

KUALA LUMPUR, 25 Mei : Parti Malaysian India Congress ataupun MIC dikatakan telah membuat satu keputusan dan pendirian politik yang tegas , berani dan serius termasuk keluar daripada kabinet sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan tanggungjawab , tugas dan peranan Unit Hal Ehwal kaum India di bawah Jabatan Perdana Menteri kepada pemimpin Hindraf P Waythamoorthy yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam kabinet baru negara baru – baru ini.

 Sumber memberitahu TMT bahawa Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dikatakan telah menyatakan pandanganya secara lantang dan berani ketika mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti (CWC) yang berlangsung semalam.

 Seorang pemimpin MIC berkata kepada TMT “ Kesabaran MIC dan Palanivel juga ada hadnya”.

 The Malaysia Times (TMT) difahamkan , Palanivel yang juga baru dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli akan menyatakan pendirian MIC itu secara rasmi ketika mengadakan perjumpaan bersama Najib Tun Razak minggu depan.

 TMT juga difahamkan , kesemua ahli jawatankuasa pusat parti yang menghadiri mesyuarat semalam difahamkan telah membahaskan isu berkenanan dan telah bersetuju dengan pendirian Palanivel dan parti itu yang diputuskan secara sebulat suara .

 “ Kita tidak mahu MIC dijadikan kambing hitam dalam isu ini kerana MIC sudah sekian lama berjuang bersama BN ketika waktu senang dan susah.

Kami bukanya mahu membantah keputusan Perdana Menteri ataupun haknya melantik sesiapa sahaja dalam kabinet, tapi isu ini amat serius dan tidak mempunyai justifikasi yang kukuh, rasional dan relevan .

 “Kami memang menyambut baik sekiranya seorang lagi pemimpin dari masyarakat India dilantik sebagai Timbalan Menteri tetapi bukanya individu seperti Waythamoorthya yang telah  melakukan macam – macam perbuatan terkutuk terhadap negara dan BN.

 Ketika itu, MIC yang menjadi benteng untuk mempertahankan BN.

Kami telah melalui macam – macam rintangan dan cabaran yang perit ketika itu. Malah MIC terpaksa menerima tamparan yang kuat pada PRU ke – 12 pada 2008.

Inikah balasanya kepada kami ? “Lebih – lebih lagi, kenyataan keras Waythamoorthy yang baru – baru ini yang menyebut tidak akan berkerjasama dengan MIC dan mengkritik parti itu dengan melampau.

Beliau belum lagi angkat sumpah tapi sudah menunjukkan perangainya yang tidak jujur dan ikhlas”, kata seorang pemimpin tertinggi MIC kepada TMT hari ini

 PENDIRIAN BERANI PALANIVEL 

 Tetap dengan pendirian bahawa MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946, G.Palanivel mahu Unit Hal Ehwal kaum India di bawah Jabatan Perdana Menteri diletakkan di bawah kepimpinan parti itu dan bukan Hindraf.

 Oleh itu, beliau berkata unit itu tidak boleh diketuai pengerusi Hindraf P Waythamoorthy yang dinamakan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam barisan baharu Kabinet baru-baru ini.

 “Unit itu perlu diletakkan di bawah MIC. Kita tidak boleh ada dua pertubuhan dengan fungsi yang berbeza untuk masyarakat yang sama.

MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946 dan kita melakukan kerja yang baik dan meneruskan usaha menangani masalah yang sudah begitu lama,” katanya semalam .

 Beliau menegaskan bahawa jawatankuasa khas kabinet bagi orang India di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang diketuai MIC telah mengubah kehidupan ribuan masyarakat India dan membawa mereka dalam pembangunan arus perdana negara.

 Palanivel juga berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan, bagi membawa isu berhubung usaha memperkukuh keperluan masyarakat India.

 Palanivel berkata perbincangan itu juga akan menyentuh agenda ekonomi masyarakat India.

 “Ini memerlukan perbincangan serius. Saya akan bertemu perdana menteri sama ada Isnin atau Selasa,” katanya lagi.

 BUKAN MIC TAPI DENGAN KERAJAAN 

 Sementara menurut laporan Awani Online hari ini Waythamoorthy dipetik berkata jika Presiden G Palanivel mahukan Unit Hal Ehwal kaum India di bawah Jabatan Perdana Menteri diletakkan di bawah kepimpinan parti itu, beliau harus berbincang mengenai perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Waythamoorthy berkata permintaan Palanivel itu hanyalah pendapat beliau. “Itu adalah pandangan beliau. Perdana Menteri telah melantik saya untuk mengendalikan unit itu. Ia akan menjadi sebahagian daripada kerja saya apabila saya memulakan tugas pada 5 Jun.

 “Kalau Palanivel tidak berpuas hati dengan perkara itu, beliau boleh berjumpa dengan Perdana Menteri untuk membincangkannya,” kata Waythamoorthy kepada Astro Awani.

 Apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk bekerjasama dengan MIC untuk kebaikan masyarakat India, Waythamoorthy berkata, beliau akan bekerjasama dengan kerajaan.

 “Akhbar-akhbar Tamil telah menyalah petik kenyataan saya dengan mengatakan bahawa saya tidak bersedia untuk bekerjasama dengan MIC. Saya tidak pernah berkata begitu. Saya hanya berkata bahawa saya akan bekerjasama dengan kerajaan,” katanya – TMT

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: