Ikon K-Pop Seo Taiji bakal berkahwin semula

Ikon nyanyian Korea, Seo Taiji akan berkahwin semula tidak lama lagi.

 Seperti yang dilaporkan di laman sesawang MWave, pada 15 Mei lalu, penyanyi tersebut mengumumkan di laman rasminya bahawa dia akan mengahwini pelakon berusia 24 tahun, Lee Eun-sung.

 Dalam mesejnya kepada peminat, Seo Taiji menulis, "Akhirnya saya telah menemui pasangan saya selepas sekian lama. Saya merancang untuk mengahwininya. Saya pasti anda semua terkejut. Wanita yang akan menjadi isteri saya adalah Lee Eun-sung."

 Seo Taiji juga memohon agar para peminat merestui perkahwinan mereka dan turut berjanji untuk kembali dengan album baru.

 Apabila ditanya mengapa memilih bintang "Que Sera Sera" itu, Seo Taiji menjawab, "Eun-sung seorang gadis yang baik dan pandai membuat sesiapa saja tersenyum."

 Seo Taiji dan Lee Eun-sung pertama kali dipertemukan pada tahun 2008 apabila pelakon tersebut membintangi video muzik Seo Taiji, "Bermuda Triangle".

Mereka mula menjalin hubungan cinta pada akhir 2009.

 Seo Taiji sebelum ini pernah mengejutkan ramai dengan kes perceraiannya dengan pelakon "Athena", Lee Ji-ah, apatah lagi kerana perkahwinan mereka tidak diketahui sesiapa.

 Seo Taiji dan Lee Eun-sung bakal berkahwin dalam sebuah majlis tertutup.

Maklumat selebihnya tidak dimaklumkan.

  Credit
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: