Isu Peluk Pemain Bowling,Anuar Zain Minta Maaf

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya terasa hati berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim
Hakimi.

 Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama.

 "Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun.

 "Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar.

 "Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut.

Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun," jelasnya.

 Anuar ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar dan Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu.

 Tambah penyanyi itu, dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

p/s: Dalam dunia artis berpelukan dan berpegangan antara lelaki dan wanita dah umpama kebiasaan dan tiada lagi difikirkan isu hukum hakam muhrim dan sebagainya.Artis Malaysia kini sama je dengan artis Barat yang sememangnya semua itu tidak menjadi isu kerana mereka bukan beragama Islam.Adakah menjadi seorang artis atau selebriti dibolehkan oleh agama dalam perkara ini atau kerana kejahilan diri sendiri.Fikir-fikirkan lah.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: