KOLEKSI RESIPI: Ketupat Sotong

Bahan-bahan 

-10 ekor sotong sederhana besar
-1 cawan beras pulut
-2 cawan santan sederhana pekat
-1 keping gula melaka
-sedikit garam
-gula secukupnya
-sehelai daun pandan
-10 batang lidi- 3-4cm panjang

Cara-cara 

 Bersihkan beras pulut.
Rendam dengan santan selama 30 minit.
Toskan beras.
Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
Bersihkan sotong.
Keluarkan kepalanya.
Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh.
Tutupkan dengan kepala sotong.
Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut.
Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan.
Masak sehingga pekat.
Ambil sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak.
Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Dah masak bolehla makan ye......selamat mencuba

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: