Luahan Hati Pensyarah IPG Kepada PM

Tulisan seorang pensyarah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

  YAB Dato Seri, dengar-dengarkan suara hati warga pendidik.

 (1) Seorang TPM terlalu sibuk untuk menjadi Menteri Pelajaran.

 (2) Dasar-dasar pendidikan bukan perkara main cuba-cuba. Baiki apa yg ada dan bukan ubah kerana nak tunjuk pandai.

 (3) Beri juga perhatian kepada guru pelatih. Soal posting hanya satu daripada masalah yang perlu diselesaikan segera. Namun yg lebih penting ialah mengerahkan semua wakil rakyat dan MP supaya mendekati institusi pendidikan guru (IPG dan IPT) yg ada dalam kawasan mereka (walau pun mereka bukan pengundi wakil rakyat berkenaan). Guru2 ini yg akn keluar dlm msayarakat sbg org kuat belia dan org kuat parti.

 (4) Wujudkan jawatan pembantu guru/pegawai pengurusan yg mungkin juga boleh dilantik dalam kalangan guru itu sendiri untuk menjadi Pegawai Peperiksaan, Penguatkuasa Disiplin dan Keselamatan, Pegawai Kebajikan Pelajar, Jurulatih Kokurikulum, Pegawai Data dll sepenuh masa macam kaunselor. Dengan ini guru boleh menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran secara berkualiti.

 (5) Sebelum melaksanakan sesuatu dasar, bahaskan terlebih dahulu dengan kumpulan pelaksana; bukan berpandu kpd kumpulan pembuat dasar saja. Jangan terpesona dgn gelaran Guru Cemerlang, Pensyarah Cemerlang atau ijazah kedoktoran; kerana mereka bukan Profesor Serba Tahu.

 Dzulkarnain Mat 
 Ketua Unit Kepimpinan dan Pembangunan Insan 
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Credit
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: