Maskara kekal selama 72 jam

Ekoran dari kajian yang mendapati 60% wanita lebih rela memakai pakaian selekeh atau tidak menggosok gigi dari dilihat tampil tanpa maskara di bulu mata, Max Factor telah memperkenalkan 'Lashfinity 3 Day Mascara' yang boleh kekal sehingga tiga hari, walaupun setelah si pemakai berenang, mandi ataupun tidur.

 Diperbuat dari formula tahan pengelupasan dan bebas lilin serta menggunakan teknologi 'PermaHold' yang mampu mengekalkan lentikkan bulu mata, maskara tersebut memberikan kesan bulu mata yang lebih lebat dan berdefinisi untuk jangka masa 72 jam.

 'Lashfinity 3 Day Mascara' sememangnya produk kosmetik yang unik.

Cara memakainya sama sahaja seperti maskara biasa dan formula yang terkandung mampu berikan warna dan definisi yang kekal selama tiga hari.

 "Ianya sebuah inspirasi kepada wanita yang tidak mahu dilihat tanpa mekap," ujar jurusolak Max Factor, Mel Arter.

 Buat masa ini, maskara tersebut dijual di kedai Boots dengan harga GBP 18.99 (RM87).

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: