Model Terbaru The Beetle 1.4 TSI Keluaran Volkswagen

Volkswagen (VW) hari ini melancarkan varian terbaharu The Beetle dengan menggunakan enjin berkuasa 1.4 TSI menjadikan keseluruhan tiga varian untuk pasaran Malaysia.

 Volkswagen Group Malaysia (VGM) dalam kenyataannya hari ini menyatakan, sebelum ini VW telah membawa masuk varian 1.2 TSI dengan 2.0 TSI di pasaran Malaysia tahun lalu.

 The Beetle 1.4 TSI dilengkapi dengan enjin berteknologi tinggi 1.4 liter dengan kuasa maksimum 160PS dan kilasan maksimum 240Nm dengan transmisi kotak gear pertukaran terus (DSG) automatik tujuh kelajuan.

 Kereta baharu ini hanya menggunakan 6.2 liter untuk setiap 100 kilometer perjalanan dan di atas kertas mampu mencapai kelajuan maksimum 207 kilometer sejam (km/j) manakala pecutan dari tahap pegun ke 100 km/j hanya dalam tempoh 10 saat.

 The Beetle 1.4 TSI ditawarkan dalam enam warna pilihan iaitu merah, kuning, hitam, biru dan putih dengan harga RM179,888.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: