Pasca PRU13: Harga petrol tidak diturunkan!

Undi popular yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat (PR) ialah 51%.

Ini bermakna majoriti rakyat telah mengundi Pakatan dengan mengharapkan bahawa harga petrol akan diturunkan pada 6hb Mei 2013.

Inilah yang telah dijanjikan oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim jika Pakatan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada 6hb Mei yang lalu.

 Tetapi ini gagal direalisasikan kerana walaupun PR meraih lebih banyak undi popular, jumlah kerusinya di Parlimen adalah kurang dari BN dan oleh itu BN lah yang membentuk Kerajaan Persekutuan.

Justeru itu, diharap pula bahawa Kerajaan BN tidak akan naikkan harga petrol kerana ini akan mengecewakan rakyat terutamanya golongan miskin dan yang berpendapatan rendah kerana mereka akan dibebankan lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

 Dengan peningkatan kos sara hidup yang berterusan, kesan yang diperolehi dari BR1M yang berjumlah RM500 itu pun tidak dapat dirasai kerana jumlah tersebut akan habis digunakan selepas menolak pembayaran bil-bil bulanan dan perbelanjaan di pasar pagi pada hujung minggu.

Di bandar-bandar yang besar pula, jumlah RM500 boleh tahan selebih-lebihnya dua minggu sahaja dan itupun jika sebuah rumahtangga itu kecil dan mengamalkan dasar yang amat kedekut.

 Dan jika Cukai Barangan Dan Perkhidmatan dilaksanakan dalam tahun ini, maka rakyat yang miskin akan dibebankan lagi.

Kerajaan BN mestilah prihatin kepada rakyat yang miskin seperti yang telah diuar-uarkan dalam jelajah Janji Ditepati mereka untuk menjadi sebuah kerajaan yang berprihatin dan mesra rakyat.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: