Pelakon Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pelakon Shahrizal Jaszle telah ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguatkuasaan Jais di sebuah unit apartment Taman Sri Subang di sini awal pagi Khamis.

 Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Shahrizal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, yang sudah bertunang Disember lepas.

 "Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

 Shahrizal ditahan pada pukul 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam dan jika disabitkan bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Maria Farida dan Miera Leyana namun hubungan mereka tidak bertahan lama.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

2 comments: