Perlukah Melayu Takut Atas Kemenangan Besar DAP?

Pasca PRU13, orang Melayu ditakut-takutkan dengan DAP kerana DAP menang besar di kalangan Pakatan Rakyat.

Daripada 89 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat, DAP memiliki 38 kerusi.

 Ini bermakna DAP hanya tewas di 13 kerusi.

 Kata mereka, adalah amat bahaya jika DAP mendapat kerusi paling banyak dalam kalangan pembangkang.

 Mereka lupa (atau buta fakta sejarah), ini bukanlah kali pertama DAP mendapat kerusi terbanyak dalam kalangan parti pembangkang.

 Pada tahun 1986, DAP pernah mendapat 24 kerusi daripada 177 kerusi parlimen di Malaysia ketika itu.

Ketika itu PAS hanya menang di 1 kerusi di Pengkalan Chepa.

Adakah berlaku rusuhan pada ketika itu?

 Begitu juga tahun 1978, DAP menguasai 16 kerusi sedangkan PAS hanya 5 kerusi.

Pada tahun 1990, DAP mengusai 20 kerusi manakala PAS hanya 7 kerusi.

 Kewujudan ramai wakil rakyat DAP bukan hanya menguntungkan kaum Cina sebaliknya semua kaum termasuk Melayu.

Ahli-ahli parlimen DAP khususnya Lim Kit Siang berhujah di Dewan Rakyat kebanyakannya menggunakan fakta dan data, bukan berhujah kosong sebagaimana kebanyakan wakil Umno.

 Dalam isu tuntutan royalti Kelantan misalnya, rakyat Kelantan sangat berterima kasih dengan soalan yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang pada 12 November 1975.

Soalan itu membawa satu jawapan rasmi oleh Perdana Menteri yang menjadi hujah kuat tuntutan rakyat Kelantan.

 Saya tidak faham mengapa kita terlalu benci dengan DAP.

 Jika begini cara kita melayan mereka, jangan pelik jika Islam terus gagal memikat hati kaum lain di Malaysia.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: