Sultan Johor Mahu Wakil Cina Dalam Exco Negeri Johor

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar barisan Exco kerajaan negeri yang bakal dilantik dalam masa terdekat, turut dibarisi oleh wakil daripada pemimpin kaum Cina.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Sultan Ibrahim menyuarakan hasrat tersebut kelmarin ketika menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri di Istana Pasir Pelangi, di sini.

 Katanya, Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda amat mementingkan mengenai perpaduan kaum di negeri ini dan sehubungan itu, adalah perlu untuk menyenaraikan kaum Cina dalam barisan Exco yang baharu kelak.

"Saya berharap titah Tuanku itu akan diterima baik dan dijayakan oleh wakil daripada MCA atau Gerakan yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

 Secara tradisinya, terdapat 10 Exco yang akan dilantik yang terdiri daripada tujuh wakil UMNO, satu MIC dan dua dari MCA. - KOSMO!

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: