Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Datuk Seri Bakri Zinin terajui PDRM

Tan Sri Khalid Abu Bakar 

SHAH ALAM - Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru. Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan bersara wajib pada 17 Mei ini.

 Sementara timbalan KPN yang baru pula ialah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang menggantikan tempat Khalid sebelum ini.
Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin 

Sebelum bergelar timbalan KPN, Khalid berkhidmat sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

 Khalid, 56, juga merupakan bekas Ketua Polis Selangor.

 Beliau mengambil alih jawatan timbalan KPN bermula April 2011.

 Sementara Mohd Bakri pula sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: