Tiada Gangguan Elektrik Semasa Proses Pengiraan Undi - TNB

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada pilihan raya umum ke-13, pada Ahad.

 Sehubungan itu, TNB dalam kenyataan di sini meminta semua pihak supaya menghentikan dakwaan sedemikian yang tersebar dalam media sosial.

 "Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berlangsung.

 "Kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan tersebut," menurut kenyataan itu. -BERNAMA 

p/s: Kalau kenyataan TNB tidak berlaku gangguan...lampu terpadam juga angkara siapa ye?Macam ada sabotaj disitu....atau hanya cerita-cerita kosong saja untuk bangkitkan kehangatan selepas PRU13.

Renung dan fikirkan...

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: