Ashraf Muslim letak jawatan sebagai perawat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah

Kenyataan terbaru dari laman web rasmi Pusat Rawatan Islam Al Hidayah menyebut yang Ashraf Muslim telah pun meletak jawatan daripada menjadi Perawat dan Ketua Operasi (COO) pusat rawatan Islam itu.

 Dalam kenyataan ringkas yang sama juga, Ashraf Muslim dikhabarkan telah juga meletak jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

 Untuk makluman semua, mulai 2nd june 2013, Mohd Ashraf Muslim tidak lagi menjadi Perawat dan Ketua Operasi (COO) di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Beliau juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah. 
Kami mengucapkan terima kasih ke atas segala sumbangan dan usaha beliau. Ucapan selamat maju jaya kepada beliau di dalam kerjaya di masa hadapan.
 -Pihak pengurusan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah-
 Tidak dinyatakan pula apakah sebab tindakan Ashraf Muslim meninggalkan terus karier beliau di sana dan dengan situasi selebriti ini masih menyorok dari pihak media, jawapannya mungkin lambat untuk kita tahu.

 Adakah kerana tekanan orang sekeliling selepas isu ingin berkahwin dua beliau di’ketahui umum? Hmm.- Rotikaya.Com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: