Berita Pelakon Sofi Jikan Meninggal Salah,Sebenarnya Adik Beliau Meninggal

Ada blogger sebar berita palsu mengatakan Sofi Jikan telah meninggal dunia padahal yang meninggal adalah adiknya.

Takziah daripada saya kepada Sofi Jikan & keluarga.

 Mahu tidak berdebar hati kami apabila ada mereka Twitter yang menyebut pelakon watak jahat kegemaran ramai, Sofi Jikan telah meninggal dunia awal pagi ini kerana jangkitan demam denggi.

 Sofi Jikan yang baru sahaja memenangi anugerah Watak Jahat Terhebat di Anugerah Blockbuster 2 hujung minggu di’khabarkan telah masuk ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Subang Jaya kerana demam denggi.

 Namun laporan awal yang dikeluarkan oleh Oh! Artis itu nyata hanya salah faham apabila maklumat terbaru mengatakan yang meninggal dunia adalah adik kelima kepada Sofi Jikan.

 Nyata laporan dan panik orang ramai di laman sosial tidak berasas dengan pengesahan ini.

Kami ucapkan takziah kepada Sofi Jikan dan seisi keluarga atas kehilangan insan tersayang. Al-Fatihah.
Credit
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: