BINTANG MENCARI BINTANG 2013: Achey menjadi juara edisi pertama


Pertandingan Bintang Mencari Bintang (BMB) 2013 TV3 telah sampai ke kemuncaknya  apabila Achey telah dinobatkan sebagai juara bagi musim yang pertama dengan menggondol hadiah wang tunai RM200 ribu.

Persembahan yang mantap dan bertenaga memikat para juri untuk menobatkan beliau sebagai juara.Achey adalah anak didik sifu Harun Salim Bachik.

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Bocik yang dibimbing sifu Afdlin Shauki menggondol RM 100 ribu.

Tempat ketiga adalah anak didik sifu Faizal Ismail iaitu Tapaw memenangi RM60 ribu manakala kumpulan Titan anak didik Sabree Yunus menduduki tempat keempat dengan hadiah RM40 ribu.

Tahniah Blog Sensasi ucapkan kepada Achey dan juga semua finalis BMB kerana membuat persembahan yang mantap.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: