Diana Danielle dijangka bersalin bulan depan

SETELAH pelbagai spekulasi timbul mengenai isu isterinya, Diana Danielle yang dikatakan sudah selamat bersalin, pelakon filem Farid Kamil akhirnya tampil dengan menafikan segala dakwaan tersebut.

 Dalam sebuah video berdurasi 36 saat di Keek hari ini, Farid Kamil berkata yang Diana Danielle kini sedang menjalani proses matang kandungan di Australia dan dijangka bersalin pada 15 Julai akan datang.

 “Diana kini sedang menjalani proses matang kandungan di sana.

Dia dijangka lahir pada bulan tujuh (Julai) — Insya-ALLAH, 15 hari bulan.

 "Apa pun, terima kasih atas semua sokongan dan doa yang diberikan kepada saya, 'in advance'," katanya.

 Semalam, Farid Kamil mencuri tumpuan selepas memuat naik gambar dirinya mencium seorang bayi di laman sosial, Instagram.

BACA: Kosmo umum Diana Danielle dah bersalin tapi gambar bayi dicium Farid Kamil dikatakan bukan anak mereka!!!

Pelbagai spekulasi timbul dengan mengaitkan bayi tersebut sebagai anak Farid dengan isterinya, Diana Danielle.

 Sebelum Farid Kamil, adik kepada pelakon itu Fadzil turut menafikan dakwaan itu.

 Dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Fadzil memberitahu bahawa bayi berkenaan merupakan anak saudara mereka bernama Aidid Abdyllah Anis yang baru lahir 11 Mei lalu.

 “Itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami. Anak adik kami, Dr Anis Anwar Zahari.

 “Dakwaan yang mengatakan Diana sudah bersalin itu tidak benar kerana masih belum masanya lagi,” katanya.

 Perkara sama dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MIG Talent, Mejar David Teo.

 “Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya ekoran kemalangan yang dia alami sebelum ini.

 "Dalam pertemuan itu, saya bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia dan dia maklumkan bahawa Diana bakal bersalin di sana,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: