GAMBAR: Sekitar Majlis Akad Nikah Adinda Sultan Kelantan Dengan Kerabat DiRaja Brunei

Syah hendak kongsi bersama anda beberapa gambar semasa Majlis Istiadat Akad Nikah diantara YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri yang berlangsung pada malam Jumaat 27 Jun 2013 di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.


Selepas Istiadat Akad Nikah kedua-dua pengantin diraja ini kelihatan begitu ceria dan gembira kerana telah sah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Semuga hubungan suami isteri kalian kekal abadi hingga ke akhir hayat masing-masing dan dikurniakan dengan anak-anak yang soleh. Amin.


Sempoi ............. Pasangan pengantin Diraja berkaraoke sebagai cenderahati untuk dipersembahkan kepada para tetamu di Majlis Istiadat Akad Nikah mereka.


Disinilah lafaz Akad Nikah dijalankan yang menyaksikan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri sah menjadi milik peribadi YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.


Aksi manja seorang isteri kepada suaminya diatas pelamin


Cenderahati untuk para tetamu yang menghadiri Majlis Istiadat Akan Nikah YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri. Dalam kotak khas ini diletakkan surah Yasin.

Sumber Asal: http://tengkusyah.blogspot.com/
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: