Ibu Siti Sarah Raisuddin Meninggal Dunia

PETALING JAYA – Ibu kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin iaitu Nur Aini Mohamad, 56, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini pada pukul 6.36 pagi Rabu.

Menurut Sarah, 30, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

“Arwah ibu dah mula sakit serius sejak Oktober tahun lalu dan sering kali keluar masuk hospital.
“Siapa tak sedih apabila ibu kita dah pergi. Saya hanya kena reda dengan ketentuan takdir,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu di sini.

Nur Aini yang juga isteri kepada pelakon Raisuddin Hamzah sebelum ini pernah bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum bersara akibat penyakit berkenaan.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak dekat sini selepas solat Zuhur. – [mStar Online]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

2 comments: