Iktibar Disebalik Berlakunya Jerebu Dinegara Kita

Indahnya manfaat dari mengambil iktibar atas peristiwa jerebu ini: -

-Wanita-wanita sudah mula menutup separuh muka. 

 Mungkin boleh mula belajar untuk memakai niqab.

 - Sakit tekak, kurang bercakap.

 Kadang-kadang selagi ada mulut, kita tidak berhenti bercakap hal yang sia-sia, dalam keadaan jerebu seperti ini kita boleh mula belajar untuk kurangkan bercakap, banyakkan zikir dan berselawat.

 - Boleh merenung kebesaran Allah. 

 Ya, mungkin selama ini kita tidak perasan udara segar yang Allah kurniakan adalah amat berharga. Maka inilah saatnya merasa perit dengan udara yang kotor dan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan selama ini.

 - Mengingati hari pembalasan. 

 Salah satu tanda hari pembalasan (hari kiamat) adalah keluarnya asap tebal menutupi bumi, maka jerebu kali ini boleh mengingatkan kita kepada hari tersebut dan kembali bertaubat kepada-Nya. .

 Orang yang beriman sentiasa bersangka baik kepada Allah.

Wallahu'lam

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: