ISU GAMBAR: Nelydia Senrose Nafi Bergambar Seksi

Pelakon sedang meningkat naik, Nelydia Senrose sekali lagi terpalit dengan isu panas.

Selepas dituduh menjadi punca perpisahan Yuna dan Qi Razali, Nelydia menjadi bualan ramai apabila dikaitkan dengan sekeping foto seksi yang dimuat naik olehnya sendiri di laman Instagram dan Facebook.

 Gambar tersebut menunjukkan permandangan laut yang cantik di bahagian kiri dan di bahagian kanan gambar itu, kelihatan lengan seorang wanita yang sedang berbikini.

Ramai percaya, Nelydia adalah individu yang memakai bikini dalam foto tersebut.

 "Gambar itu bukan gambar saya. Subjek utama gambar tersebut adalah pemandangan laut. Tapi semasa saya nak ambil gambar tersebut, kebetulan ada seorang wanita ‘mat saleh’ berpakaian bikini di hadapan saya, jadi takkanlah saya nak suruh dia beralih ke tepi.

Itu bukan gambar saya, saya bukan sebegitu dan saya tahu had saya,” jelas Nelydia yang mula menceburkan diri dalam dunia hiburan menerusi drama bersiri Spa-Q.

 “Saya tak fikir langsung yang gambar yang saya ambil akan jadi isu. Sejujurnya, masa saya muat naik gambar terbabit, niat saya hanyalah untuk berkongsi dengan para peminat mengenai panorama keindahan Pulau Tioman.

 Tak jangka pula orang bersangka lain mengenai gambar itu,” jelas Nelydia yang menyatakan gambar itu diambil semasa percutiannya bersama keluarga di Pulau Tioman baru-baru ini.
Jelas Nelydia lagi, dia langsung tidak tahu gambar yang dimuat naik olehnya mengundang kontroversi sehinggalah pengarah dan penerbit, Ahmad Idham menghubunginya.

 “Saya tak perasan langsung sehinggalah abang Ahmad Idham menghubungi saya. Dia bertanyakan saya mengenai kesahihan berita dan gambar tersebut. Saya pun ‘check’ semula laman Instagram saya dan tak sangka pula gambar itu telah menimbulkan isu dan syak wasangka para peminat,” tutur Nelydia yang ditemui ketika ‘Media Prima Ramadan & Raya Screening 2013’ di Aloft Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 Dalam perkembangan lain, Nelydia menjelaskan yang kini dia sedang menjalani penggambaran drama bersiri ‘Syurga Tanpa Bidadari’.

Selain itu, dia baru sahaja menyudahkan penggambaran filem ‘Cinderella’ arahan Ahmad Idham dan dia bakal memasuki set penggambaran telemovie tayangan eksklusif sempena sambutan Hari Raya, ‘Setia Hujung Nyawa Raya’ di samping Amar Asyraf.

 Nelydia yang juga merupakan pelajar jurusan Psikologi di Segi College menjelaskan yang dia akan memperlahankan aktiviti seninya bermula September ini kerana ingin menumpukan perhatiannya kepada pelajaran.

 “Saya akan memperlahankan aktiviti seni saya kerana saya ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran saya.

Saya tak mahu nanti saya terkejar-kejar dan takut pelajaran saya terjejas,” ulas Nelydia mengakhiri perbualan.[gua.com.my]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: