Juara MasterChef Selebriti 2,Syura bawa ibu Umrah dulu baru ke Paris

Syura bersama suaminya, Mohd Fadhly Mohd Yassin. - Foto SINAR HARIAN oleh ROSLI TALIB

JUARA MasterChef Selebriti Malaysia (MCSM) musim ke-2, Syura bernazar untuk membawa ibunya, Samsiah Mohamad menunaikan umrah.

Namun, memandangkan keadaan ibunya yang masih belum mengizinkan, Syura akui perlu menanti sehingga kesihatan ibunya pulih.

“Sebelum ini, Syura ada berniat dalam hati nak bawa mak menunaikan umrah kalau menang MCSM ini. Alhamdulillah Syura menang.

“Menitis air mata mak apabila Syura beritahu Syura juara MCSM, tapi kena tunggu mak pulih. Perancangannya pertengahan hari raya nanti tapi kena tengok keadaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Akhir MCSM, semalam.

Syura memenangi wang tunai RM 60,500 yang disumbangkan kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan dan dua tiket penerbangan kelas perniagaan ke Paris.

Dalam episod terakhir MCSM itu, Syura ada menyebut tentang berbulan madu sekali lagi.

“Bulan madu yang saya maksudkan adalah untuk menghabiskan masa berkualiti dengan suami, itu saja.

“Sebelum ini, kami ada berbulan madu juga tapi tidaklah sampai ke Paris. Kami ke Disneyland Hong Kong,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Namun, Syura akui perlu menunaikan nazar terhadap ibunya terlebih dahulu sebelum ke Paris.

“Saya perlu selesaikan nazar itu dulu dan ke Paris itu tengok keadaan tapi kalau boleh hujung tahun ini,” katanya.

Menurut Pengurus Siaran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli pihaknya kini sedang berbincang untuk siri MasterChef yang akan datang.

“Siri MasterChef berikutnya dalam perancangan tapi masih dalam perbincangan. Apa yang saya boleh kata, formatnya berlainan dari MCSM ataupun MasterChef Malaysia,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: