Kementerian tidak tolak kemungkinan sekat Facebook - Shabery Cheek

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak menolak kemungkinan akan mengharamkan penggunakan media social seperti Facebook.

 Bagaimanapun, menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekatan akses media sosial seperti tidak perlu dibuat pada masa sekarang.

 Jelasnya, kerajaan tidak akan berbuat demikan hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

 “Cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media social,” tambah beliau.

 "Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat.....mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya," katanya.

 Beliau kata kementerian memandang serius memandang serius kes penyalahgunaan internet terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan.

 Ia sekali gus boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat. Ahmad Shabery turut mengingatkan, tiada siapa akan terlepas dari undang-undang seandainya mencetus provokasi di laman sosial.

 Ia termasuk perlakuan atau penyataan di laman media sosial seperti facebook, twitter dan blog walaupun atas dasar peribadi.

 Katanya, kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes menghina yang di-pertuan agong sebelum ini.

 Pada masa yang sama, Ahmad Shabery kata kementeriannya sudah mengenalpasti identiti individu hina Nabi di laman sosial Facebook.

 Nama individu itu sudah diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

 Kelmarin, dua akaun facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' memaparkan kenyataan menghina Nabi.

 Kenyataan itu mencetuskan kemarahan umat Islam negara ini.

Katanya, facebook turut mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.

 Bagaimanapun, Shabery tidak menafikan kemungkinan kerajaan menyekat laman sosial itu seandainya terdapat penggunaan negatif dan keterlaluan.

 Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan.[astroawani]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: