LAIN PULAK: Neelofa Nafi Hantar SMS Tuntut Hutang Pada Shahrizal Jaszle

KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Noor Neelofa Mohd. Noor, 24, menafikan dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada aktor Shahrizal Jaszle untuk menuntut hutang sebanyak RM5,000 baru-baru ini.

 BACA: PULAKDAH: Neelofa Tuntut Hutang RM5,000 Daripada Shah Jaszle?

 Aktres itu menyifatkan isu Shahrizal atau nama sebenarnya Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, berhutang dengannya itu sudah dua tahun berlalu dan dia sendiri berasa agak pelik apabila isu tersebut tiba-tiba dibangkitkan oleh Shahrizal sendiri.

 "Saya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang SMS yang dihantar kepada Shahrizal untuk menuntut hutang daripadanya, malah kami sudah lama tidak berhubung atau berjumpa antara satu sama lain.

 "Lagipun, saya sudah lama melupakan tentang hutang itu dan saya telah menghalalkan berapa sahaja jumlah yang dia berhutang dengan saya," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.[Kosmo!]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: