Mazidul Akmal Sidik berhenti berblogging mulai esok?

MOHON MAAF : ESOK HARI TERAKHIR SAYA MENJADI BLOGGER 

... JIKA saya gagal menyalurkan maklumat mengenai kes perhambaan kanak-kanak dan remaja oleh Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, KEDAH. 

Itu janji saya kepada semua pembaca setia blog ini.

 Syukur, jam 2.12 petang tadi, saya dihubungi oleh Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

 "Hari ini cuti umum di Kedah, InsyaAllah esok kita berjumpa," kata beliau.

 Apapun secara ringkas dan padat, saya sempat menyalurkan maklumat kepada beliau melalui perbualan telefon.

 Saya berasa amat yakin, majoriti pembaca blog ini tahu mengenai kegiatan PTA lebih 12 tahun memperhambakan kanak-kanak dan remaja.

 Kegiatan zalim pada awalnya berlaku di Kedah itu kemudian diluaskan sayap ke seluruh negeri di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

 Untuk maklumat selanjutnya KLIK DISINI

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: