TAHNIAH: Leuniey,Isteri Khairul Fahmi (Apex) Kini Mengandung Enam Minggu

Tahniah Blog Sensasi ucapkan kepada penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang akan bergelar bapa apabila isterinya, Leuniey Natasha telah disahkan hamil enam minggu.

 Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh Leuniey ketika berkunjung ke pejabat Media Hiburan.

Kata Leuniey:
 "Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex ketika itu berada di Australia. Dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami 'morning sickness' seperti saya," ujar Leuniey gembira. 

 Sebelum ini, Leuniey ada menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata secepat mungkin bagi menghilangkan kesunyian gara-gara ditinggalkan Apex kerana komitmen terhadap bola sepak.

 Tentunya berita gembira ini akan menceriakan kehidupan mereka dan Blog Sensasi mengharapkan agar Leuniey dapat menjalani proses kehamilan sebaiknya.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: