Tawar Pakej Seks Melalui Aplikasi WeChat

WeChat memang merupakan aplikasi yang sedang meningkat dan semakin popular pada masa kini di kalangan pengguna smartphone.

Tetapi walaupun ramai yang suka menggunakan aplikasi ini, tetapi tidak kurang juga yang mengambil kesempatan di atas populariti aplikasi tersebut dengan menawarkan servis untuk aktiviti tidak bermoral seperti tawaran pakej seks dan juga urut badan.

Aktiviti sindiket yang menggunakan WeChat sebagai platform untuk menawarkan khidmat pakej seks dan perkara yang tidak bermoral telah dikesan baru-baru ini.

Pelbagai cara yang dilakukan untuk menarik perhatian pelanggan terutamanya golongan lelaki termasuk menawarkan gadis dari luar negara seperti Jepun dan Korea.

Bayaran pakej seks dan mana-mana pakej pula ditentukan dengan menilai kecantikan gadis tersebut yang boleh mencecah sehingga RM600 lebih untuk satu sesi.

Credit
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: