Wanita ini minum darah 2 liter sebulan untuk kekal cantik dan sihat

PENNSYLVANIA - Seorang wanita yang mempunyai tabiat seperti pontianak sanggup minum darah sebanyak dua liter setiap bulan.

 Julia Caples, 45, ibu kepada dua orang anak yang berusia di antara sembilan dan 24 tahun.

 Dia akan mengambil dua liter darah setiap bulan atas alasan mahu mengekalkan bentuk badan yang menarik.

 “Apabila saya minum darah, saya akan rasa lebih sihat dan kuat,” katanya dipetik Daily Mirror. 

 “Saya juga akan berasa lebih cantik jika kerap minum darah.

Setakat ini saya sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Saya juga berasa sentiasa bertenaga,” ujarnya.

 Caples sebaliknya tidak akan mengambil bekalan darah secara haram atau menyerang mangsa sebaliknya, akan mencari penderma darah yang sanggup menderma darah dan datang sendiri ke rumahnya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: