10 Kuih Raya Popular Dan Pilihan Rakyat Malaysia

Malaysia sememangnya kaya dengan khazanahnya yang tersendiri. Masuk sahaja musim perayaan maka timbullah perbagai jenis masakan dan makanan yang sememangnya unik beridentitikan negara Malaysia itu sendiri. Ini termasuklah juga kuih raya yang menjadi suatu hidangan wajib di hari raya. Kuih raya tersebut akan menjadi santapan tetamu yang datang bertandang ke rumah sewaktu sambutan Hari Raya di pagi Syawal. Sebut sahaja kuih tart, semua rakyat di Malaysia ini tahu bagaimana rasa dan rupa kuih tart tersebut.

Sebenarnya ada beribu-ribu jenis kuih raya yang sedap dan enak. Senarai di bawah ini adalah antara kuih atau biskut kegemaran saya yang kadangkala menjadi kuih wajib yang berada di atas meja sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri. Begitulah uniknya negara kita yang sangat kita cintai ini. Bukan sahaja rakyatnya senantiasa tersenyum manis, namun resepi kuih turun temurun ini juga amat enak sekali. Kuih yang dihasilkan oleh para penggemar kuih raya ini ternyata tidak pernah berubah dari segi rasa dan terus mengekalkan lagi ciri uniknya yang tersendiri.

1. Kuih Tart Nenas

2. Kuih Semperit (Dahlia)

3. Almond London

4. Kuih Batang Buruk

5. Cheesecake

6. Kek Lapis Sarawak

7. Biskut Cornflakes Madu

8. Biskut Mama Carey

9. Biskut Suji

10. Biskut Marble Shortbread

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: