Blogger kontroversi,Alvin Tan dan Vivian Lee dipenjara atas tiga pertuduhan

Pasangan penulis blog lucah, Alvin Tan dan Vivian Lee kini terpaksa meringkuk di dalam penjara dalam tempoh yang tidak diketahui selepas pihak mahkamah tidak membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin sehingga tarikh perbicaraan seterusnya.

Alvin Tan dan Vivian Lee yang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Murtazadi Amran, bakal berdepan dengan tiga pertuduhan yang membabitkan mempamerkan gambar-gambar lucah di blog milik mereka, memuatnaik gambar dan komen berbaur penghinaan kepada umat Islam dan mewujudkan permusuhan agama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi.

Mereka akan didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Credit
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: