GEMPAR: Longgokan ribuan surat ditemui disebuah gaung Ukay Heights Ampang

RAHSIA AKHIRNYA TERBONGKAR MENGAPA PENDUDUK LEMBAH KELANG RAMAI YANG TIDAK MENDAPAT KIRIMAN SURAT DARI PEJABAT POS!!!

Lambakan beribu-ribu surat yang tidak dihantar ditemui dibuang di sebuah gaung di Ukay Heights.

Tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang adalah gaung yang subur dengan rahsia kotor.

Gaung ini telah dikenal pasti menjadi tempat lambakan ribuan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab memandangkan kedudukkannya yang agak terpencil .

Dulu pernah juga negara kita digemparkan dengan kejadian serupa dan pihak Pos Malaysia telah membuat ikrar memastikan kepada rakyat kejadian serupa tidak akan berulang lagi.

Janji tinggal janji.. Ikrar sekadar penyedap mulut dan halwa telinga.

Ini kisah yang dapat dikesan..apa cerita ditempat-tempat lain?

Sekadar nak tanya... Siapa yang ambil alih Pos Malaysia sekarang?.

Harga setem telah dinaikkan tapi mutu penghantaran masih ditakuk lama.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: