Janet Jackson telah memeluk Islam?

Adik Michael Jackson, Janet Jackson dilaporkan telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan bilionaire warganegara Qatar, Wissam Al Mana lapor portal hiburan REdCarpet.

Janet dan Al Mana berkahwin dalam satu majlis tertutup Februari tahun lepas.

Janet juga dilaporkan bersara dari dunia hiburan dan lebih selesa hidup tanpa perhatian media di Timur Tengah.

Beliau sebelum ini pernah berkahwin komposer dan pengarah video, Rene Elizondo dari 1991-2000 dan sebelum itu bersama penyanyi, James DeBarge dari 1984-1985.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: