KOLEKSI RESIPI: Biskut Almond London

Resepi Biskut Almond London
Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )
-250 gm butter
-9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
-1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
-3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
-4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
-1 biji kuning telor
-Badam biji di panggang secukupnya
-Badam cincang untuk hiasan
-Coklat masakan secukupnya
-Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
-Sedikit minyak jagung

Cara-cara
-Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
-Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
-Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
-Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukkan.
-Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa juga boleh) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat ...kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
-Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
-Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
-Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.

Kredit untuk blog ciktiemah

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: