Ombak Besar Landa Pulau Pinang Melimpahi Tebing

GEORGETOWN – Ombak kuat dengan ketinggian lebih 3.5 meter sehingga menyebabkan air laut melimpah di kawasan Padang Kota Lama dan mengenai beberapa kenderaan di kawasan meletak kereta.

Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata fenomena itu dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga esok.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan kegiatan rekreasi laut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun masih berada pada kategori pertama, nelayan dinasihat tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.

Tinjauan di Padang Kota Lama mendapati ombak melepasi benteng sehingga air laut melimpah di bahu jalan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang Alias Shafie ketika dihubungi berkata ramai nelayan di sebelah tanah besar tidak turun ke laut pagi ini susulan angin kencang dan laut bergelora.

“Saya ada terima aduan di pantai Bagan Ajam Butterworth berlaku ribut sederhana diselangi hujan awal pagi tadi.

“Justeru saya nasihat para nelayan peka kepada perubahan cuaca dan tidak ke laut dalam keadaan cuaca buruk ini,” katanya. -SH

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: