PELIK TAPI BENAR: Pisang mengeluarkan tiga jantung


KUPANG- Seorang penduduk terkejut setelah melihat pokok pisang dihadapan rumahnya mempunyai tiga jantung pisang, malah sebatang pokok lagi mempunyai dua tandan pisang dalam sebatang pokok.

Mohd Hafizul Idris,28 dari Kampung Besah berkata, dia belum pernah melihat lagi kejadian seperti itu tambahan pula ianya berlaku pada pokok pisang miliknya.

"Baru dua hari lepas saya sedar pokok pisang ini mempunyai tiga jantung malah dan dua tandan. Mana ada sebatang pokok pisang ada dua tandan," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia tidak berhasrat untuk mengambil pisang itu, tetapi ingin terus melihat tumbesaran dua pokok pisang itu.

"Saya nak tengok dulu, mana tau, keluar lagi setandan ka. Kalau keluar 10 tandan dalam sebatang pokok, barulah saya nak jual," katanya berseloroh.

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: