Pesakit Ichtyosis bergantung krim sepanjang hayat

Pesakit Ichtyosis bergantung krim sepanjang hayat Mohamad Nasir (kanan) melihat keadaan Abdul Roni (dua, kanan).

KUPANG - Krim pelembap penting bagi mereka yang berhadapan dengan penyakit Ichtyosis, sejenis penyakit kulit yang masih belum mempunyai rawatan penyembuhan.

Pakar kulit, Dr Mohamad Nasir Othman berkata, krim pelembap ini bagi memastikan kulit pesakit tidak kering sehingga memberikan kesan kepada kesihatan mereka.

Menurutnya, sehingga kini, masih belum terdapat rawatan khusus bagi penyakit ini.

“Disebabkan itu, mereka perlu bergantung kepada pelembap dan perlu disapu setiap hari. Kalau tidak, kulit mereka akan kering dan akan bertambah tebal,” katanya ketika melawat seorang pesakit, Abdul Roni Awang Kecik di Kampung Ketemba Kememeh dekat sini.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ichtyosis Kedah(Perkid), Mohd Firdaus Mehat.

Katanya, setakat ini, masih belum terdapat data yang tepat mengenai jumlah pesakit ini di Malaysia.

“Penyakit ini tidak sama dengan penyakit kulit lain, penyakit lain ada data, kita tahu jumlah mereka. Tetapi penyakit ini tidak mempunyai data yang tepat.

“Perkid satu-satunya pertubuhan yang bergerak secara sukarela untuk mendapatkan data tepat mengenai penyakit ini,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan Abdul Roni, Mohamad Nasir berkata, ianya disebabkan tekanan sehingga membuatkan pesakit ini mengalami masalah mental.

“Hakikatnya, Ichtyosis tidak memberikan kesan kepada pemikiran, tetapi ianya bergantung kepada mereka mengalami penyakit ini. Sekiranya mereka tidak kuat, ia memang akan memberikan tekanan yang hebat,” katanya.

Katanya, dia tidak menafikan pesakit seperti ini berhadapan dengan situasi sukar terutama untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Ada orang yang takut, ada yang mencemuh, semua ini adalah tekanan kepada pesakit. Sedangkan penyakit ini tidak berjangkit dan langsung tidak memberikan kesan kepada orang ramai,” katanya.[SH]

p/s:Masalah sebegini mungkin produk dari Asia Herbal Biotech(AHB) boleh membantu.Untuk keterangan lanjut boleh KLIK DISINI

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: