PRK K.Besut: Senario 16-16 untungkan rakyat Terengganu

SHAH ALAM - Pas mendakwa senario 16:16 yang bakal tercipta pada pilihan raya kecil (PRK) di kerusi Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini sebagai peluang untuk membentuk kerajaan negeri yang lebih berimbang.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya keputusan PRK itu berpihak kepada Pas, peranan PR dalam Dun Terengganu akan menjadi lebih besar dalam menentukan dasar dan hala tuju negeri.

"Jika senario itu berlaku, Pas boleh memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan akan berjalan dengan lebih adil dan telus.

"16:16 adalah satu anjakan bagi kepentingan rakyat di Terengganu keseluruhannya bagi mengawal pelbagai projek yang membazir, menyekat penyalahgunaan kuasa dan membendung ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden BN dan Umno akan tergugat jika BN tewas mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Dalam pada itu, beliau yang dipetik berkata Pas mampu menyekat ketidakadilan dan penganiayaan yang dilakukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said terhadap kawasan Dun yang tidak berpihak kepada BN.

"Sebelum ini Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pernah berkata kerajaannya tidak memberikan peruntukan perumahan kepada kawasan yang BN tewas.

"Para penyokong BN di Kuala Besut juga disarankan memberikan undi kepada calon Pas supaya Ahmad Said tidak turut menganiaya para penyokong BN yang menyokong mereka di kawasan Dun yang dimenangi pembangkang," katanya.

Malah katanya, tindakan BN yang menyerang teori 16:16 dengan menggambarkan akan wujud sebuah kerajaan tergantung dan tidak stabil sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat walhal perkara itu hanyalah persepsi negatif sahaja.{SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: