Raja Azmi selamat bertunang,bakal nikah 15 September ini

Raja Azmi ketika menanti rombongan pihak lelaki tiba di rumahnya. - Foto Media Hiburan

PENERBIT filem, Raja Azmi Raja Sulaiman selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Mohd Eddie Ghazali, di kediamannya yang terletak di Ampang, hari ini.

Raja Azmi menerima tiga dulang hantaran berbalas lima kepada pihak lelaki.
Raja Azmi bersama ketiga-tiga anaknya. - Foto Media Hiburan

Kedua-dua pihak diwakili oleh anak masing-masing iaitu Muhammad Daniel Mohd Eddie, 21 dan Puteri Suraya Jailani, 28.

Hasil perbincangan, majlis pernikahan Raja Azmi dan Eddie ditentukan pada 15 September ini dengan hantaran senaskah al-Quran.

Cincin disarung ke jari Raja Azmi oleh ibu Eddie.
Raja Azmi ketika menanti rombongan pihak lelaki tiba di rumahnya. - Foto Media Hiburan

Sebelum ini, Raja Azmi telah bercerai dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek setelah 28 tahun berkahwin.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: