SPR Tetapkan PRK Dun Kuala Besut 24 Julai Ini

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada 24 Julai 2013 manakala tarikh Penamaan Calon pada 12 Julai 2013.

"Kita sudah tetapkan tarikh berikut, jadi kita jalankan PRK pada tarikh tersebut," umum Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar.

Pada PRU13, allahyarham mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut untuk BN mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti undi 2,434 undi.

Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: