Ashraf Sinclair Buka Restoran Di Jakarta

Ashraf dan BCL mempunyai minat sama dalam bidang kulinari.

PELAKON kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari atau BCL telah membuka sebuah restoran makanan yang diberi nama Nuansa Sunda di Jakarta Selatan, Indonesia.

Menurut laporan Kapan Lagi, minat yang sama pasangan suami isteri itu dalam bidang kulinari dan perniagaan telah memberikan mereka idea untuk memiliki sebuah restoran yang menghidangkan masakan popular di Indonesia.

"Saya dan suami memang suka makan dan dia pula sangat pakar dalam bab-bab perniagaan. Jadi kami gabungkan elemen tersebut dan menghasilkan Nuansa Sunda," kata BCL.

Dalam perkembangan sama, BCL berkata, memandangkan dia tidak begitu mahir dalam perniagaan, dia bertindak sebagai penyokong suaminya itu dan menguruskan jadualnya yang semakin padat.

"Ashraf lebih pakar urusan perniagaan dan sebagai isteri saya sentiasa berada di belakangnya untuk memberi sokongan," katanya.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: