Format Baru #AF2013 Tiada Pengetua, Masih Rahsia Hos Utama!

Pengumuman nama pelajar, individu yang bakal dilantik menjadi pengetua serta hos utama konsert adalah menjadi satu perkara yang cukup dinanti-nantikan peminat setia program Akademi Fantasia (AF) setiap kali program realiti hiburan nombor satu ini muncul dengan musim terbarunya.

Fenomena ini tercetus kerana kewujudan pengetua telah disifatkan sebagai penentu hala tuju arah muzik dan identiti juara untuk musim baru AF. Namun, ianya tidak pula terjadi bagi penganjuran Akademi Fantasia 2013 (#AF2013).

Malah, jawatan pengetua telah dimansuhkan mewujudkan jawatan baru iaitu inspirer yang terdiri daripada tiga artis hebat iaitu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin #SitiNurhaliza, Melly Goeslow (#Melly Goeslow) dan Faizal Tahir (#Faizal Tahir).

"Inspirer bukanlah pengetua. Tugas inspirer adalah memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman kepada pelajar-pelajar #AF2013 dalam mempersiapkan diri sebagai bintang pada masa depan.

"Inspirer juga diberi amanah untuk menguatkan jiwa pelajar-pelajar untuk terus cekal bergelar bintang. #FaizalTahir bakal memulakan tugas pada tiga minggu yang pertama dan disusuli oleh #MellyGoeslow pada 3 minggu yang selanjut.

"Selepas #MellyGoeslow, #SitiNurhaliza akan menutup tirai tugas #inspirer dengan menjalankan tugas pada 3 minggu sebelum menjelang konsert final #AF2013," kata Raqim Ahmad selaku pengurus saluran Astro Ria.

Selain memperkenalkan jawatan #Inspirer, #AF2013 yang mendapat tajaan utama dari Samsung turut memperkenalkan tiga program baru iaitu Galaxy AF, AF Buzz dan TGI AF (Terus Gempak...Inilah AF2013) dengan mengekalkan konsert prelude, Diari AF dan Konsert AF.

"Hos untuk konsert bakal kami umumkan pada Sabtu depan. Untuk program Diari AF kami telah melantik Hefny sebagai pengacara. Hanis Zalikha pula akan menjadi pengacara untuk program TGI AF bersama Najip Ali dan seorang lagi pengacara.

"Hanis juga menjadi pengacara untuk program AF Buzz bersama Syafinaz Selamat dan seorang lagi pengacara yang masih lagi dirahsiakan identitinya. Pelajar untuk musim kali ini masih lagi ditempatkan dalam akademi. Namun, mereka masih lagi boleh menghubungi pihak luar menerusi laman sosial seperti twitter dan instagram menerusi program AF Buzz," jelas Raqim.[murai.com]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: