GAMBAR: Pengusaha Nasi Kukus ditemui mati ketika mahu bersolat Subuh

Seorang pengusaha sebuah restoran makanan, Nasi Kukus Paka dekat sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan tikaman berhampiran premis restoran tersebut disini, awal pagi hari ini, Selasa 13 Ogos.

Mayat beliau dijumpai di hadapan restoran miliknya pada kira-kira jam 7.00 pagi oleh seorang pekerja kedai berdekatan yang melihat keadaan beliau tertiarap dan berlumuran darah di kawasan tempat letak kereta.

Menurut ADUN Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat, allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat subuh berjamaah di surau Dar as-Salam.

Tauke nasi kukus mati dibunuh.“Kena tikam masa nak gi sembahyang subuh……..biasa(nya) dia solat subuh berjamaah di surau Dar as-Salam (dekat sini) (beliau) tauke Kedai Nasi Kukus Paka, ada empat cawangan kedai termasuk di Mydin Kuala Terengganu, dua buah di Paka dan satu di Mesra Mall,”ujarnya ketika ditemui ditempat kejadian.

Ustaz Satiful, yang hadir ke lokasi sebaik diberitahu, meminta keluarga allahyarham Lutfi yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu, bersabar menerima ujian dari Allah itu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu mendesak supaya Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said dan kerajaan negeri Terengganu segera menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan dan diperkenankan oleh Tuanku Sultan Terengganu.

Beliau yakin, dengan melaksanakan undang-undang tersebut akan dapat menyelamatkan rakyat negeri Terengganu dari kejadian jenayah bunuh yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

“dengan kejadian pada pagi ini, saya berharap keluarga yang terbabit dapat bersabar…….. selain itu saya menggesa supaya MB Mad Said dan kerajaan negeri Terengganu segera menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang telah diluluskan dan diperkenankan (Tuanku Sultan),

“sebagai orang Islam yang beriman, kita wajib percaya bahawa undang-undang yang telah disediakan oleh Allah mampu menyelamatkan manusia yang juga dicipta oleh Allah,”jelasnya.

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: