GILA: Rogol gadis lembam depan isteri

KANCHONG DARAT - Tidak menghormati bulan puasa, seorang suami durjana tergamak merogol seorang gadis lembam di depan isteri dan anak tunggalnya yang berusia tiga tahun di sebuah rumah di Jalan Masjid, Kanchong Darat, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan (gambar) berkata, mangsa berusia 19 tahun berkenaan merupakan anak kepada kakak angkat suspek dan perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika suspek membawa isteri dan anak mereka singgah ke rumah mangsa untuk berehat sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 5 petang dan suspek berusia 24 tahun itu dikatakan rapat dengan keluarga mangsa serta sering mengunjungi rumahnya untuk berehat.

"Mangsa yang tidak bekerja tinggal berseorangan pada hari kejadian kerana ibunya keluar bekerja manakala adiknya tiada di rumah.

“Menurut mangsa, ketika kejadian suspek dan keluarganya berehat di ruang tamu sementara menunggu ibunya pulang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nordin berkata, suspek membaringkan mangsa di atas tilam yang tersedia di ruang tamu sebelum merogolnya di depan isterinya yang sedang leka bermain dengan anak.

Katanya, mangsa memaklumkan perbuatan jijik suspek itu kepada ibunya dan wanita itu segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat latihan di Morib ditahan Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, isteri suspek difahamkan turut mempunyai masalah lembam.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: