Hari keluarga Yaakub Md Akib penuh inspirasi


BALING - Hampir 100 ahli keluarga Allahyarham Yaakub Md Akib berkumpul sempena Majlis Aidilfitri di Kampung Charuk Bemban di sini.

Selain majlis jamuan,program itu turut diselitkan dengan sesi tazkirah,solat berjemaah dan sesi khas mengimbau perjuangan arwah.

Ketua keluarga,Othman Yaakub yang juga anak lelaki sulung kepada arwah berkata,bapanya banyak berjasa kepada masyarakat setempat dan giat membantu membangunkan masyarakat pada sekitar tahun 60-an dan 70-an.

Menurutnya,bapanya itu pernah memegang jawatan Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Baling,Setiausaha Umno Bahagian, dan merupakan Ketua Kampung yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kg Charuk Bemban sepanjang hayatnya.

Arwah dikatakan mempunyai keperibadian murni dan sangat komited dalam perjuangan dalam parti politik mahupun kebajikan rakyat.

Sempena program itu,maklumat mengenai riwayat hidup arwah turut ditayangkan menerusi video kepada cucu cicit arwah.

Tayangan itu bertujuan meningkatkan kecintaan cucu cicitnya kepada soal agama,pendidikan,malah nilai-nilai murni yang diajar kepada anak-anaknya sebelum ini.

Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarhamah Minah Yaakob(isteri pertama) dan Besah Mahmud,arwah telah dikurniakan sembilan anak yang kesemuanya berjaya dalam pelbagai bidang termasuk ada memegang, beberapa jawatan utama dalam sektor awam dan swasta antaranya ialah Profesor Dr Omar Yaakub di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Johor dan Datuk Dr Ismail Yaakub,Pengarah Perubatan Kedah Medical Centre(KMC).

Allahyarham pernah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian(PJK) oleh Sultan Kedah dan Pingat Pangkuan Negara(PPN) oleh Yang Di-Pertuan Agong.[SH]

0 comments: